kawan blogger semua, add saya di FACEBOOK ya.. (on9stuff@yahoo.com) makasih semua

Tuesday, March 31, 2009

catatan hari

bila kita bercakap tentang semalam, kita imbas kembali kenangan kehidupan kita. bila kita bercakap tentang esok, ada saja irama baru setiap hari. inilah namanye catatan harian secara ringkasnya... peace!!

Saturday, March 7, 2009

ketidakseimbangan badan dan otak ku! SUA RASA TV9

alahai.. lama saya tak menguptade blog saya, almaklumlah mahu semua orang membaca post yang di bawah ni.. maksud saya, posting yang bertajuk dairi seorang isteri yang setia yang di bawah ni, banyak komen yang saya dapat daripada entry tersebut, ternyata semua orang masih waras kan.. menolak keburukan menerima kebaikan..

sudah! sudah! entry tu sudah lepas, semalam saya mengunjungi Sua Rasa di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu .. ala yang TV9 tu la.. macam-macam manusia di situ, ingatkan rakyat Terengganu sahaja, rupanya dari negeri jiran pon ade (kelate ngan pehe la), syabas! syabas! kepada kerajaan negeri yang sudi membawa masuk Karnival Sua Rasa, kalau kiranya boleh memperkenalkan Terengganu dengan membawa masuk pelancong-pelancong tempatan. Tapi yang kurengnye ramai remaja-remaja bukannya nak tengok sangat pon karnival tu, tapi sekadar mahu melepak menghias diri dengan sikap-sikap yang mungkin pada saya agak keterlaluan, bukan semua, tapi segelintir sahaja, bukan la saya nak jaga orang, tapi memang menyakitkan mata la kiranya..selain tu saya tengok banyak gerai-gerai makanan yang memasarkan produk-produk tempatan, baguslah besesuaian dengan perkataan Memahat Sejarah Mencipta Tamadun.
satu-satunya yang menarik perhatian saya adalah gerai Upin & Ipin, hati mahu saja mengepitkan diri bersama maskot Upin & Ipin tapi apakan daya , orang yang lebih tue mestilah mengalah la demi kanak-kanak riang, gembiranya hati mereka, gembira laa saya hahahaa! lebih-lebih plak saya.
sekian saja cerita saya hari ini untuk pembaca setia saya.. ahaks!

macam-macam saya kan, makin lama makin malas nak mengayat, sebab makin banyak makin merapu, sedar tak sedar dah habis, titik..