kawan blogger semua, add saya di FACEBOOK ya.. (on9stuff@yahoo.com) makasih semua

Tuesday, November 24, 2009

abah, bagilah balik tangan Ita

cerita ini saya baca dari blog Cikgu Farha hayatilah penceritaan ini semoga ia boleh memberi pengajaran kepada kita semua.. "hargailah mereka yang berada di depan mata"

kembalikan tangan Ita


"Semasa kisah ini berlaku, budak perempuan ini berusia 3 setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.

Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni??!!!"


Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu...???!!!"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?!!!" herdik si isteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya balik, tiba-tiba dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecilitu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!", balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu.

Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Saturday, November 21, 2009

mcD baru.. erkk kenyang..

21/11/09 jam 4 petang lebih

petang yang membosankan, nasib baik apai ngan apis ade, pergi ke asrama UMT, sampai tingkat 4 B2 apis, apis ooo apis, tgk2 kelibat orang.. uper2nye si apai tgh gayut, ngan sape lagi kalau tak ngan si die.. haha apai apai.. tuk tuk tuk.. apis bukak pintu.. "pis jom makan..." nak g mane? perkataan tu berlarutan ditanya sampai kuar pintu pakgat UMT, bukan sampai situ, sampai tapik like padang golf.. panjang punye citer.. akhirnya terkeluar di mulut apai.. mcD katenye.. ok no hal.. jom.................................... zoooooommmmm dah sampai mcD, pergh! ramainye.. oder punyer oder, double cheese burger jugak makanan kegemaranku.. tapi dapat burger bhgn atas jer.. yg bawah dah ilang (bukti: gambar kat bawah), tp takpe.. tak menjadi masalah kerana perutku kecil saja, 2-3 suap abes.. dah kenyang, alhamdulillah.. lupe nak bgtau.. gambar ni sy amik dr blog apis ... haha sori pis.. plis plis plis.. jgn marah aku.. haha full stop...



abes saja mamam mcD kami berlari2 anak ke kereta kancilku yg kiut.. ujan katakan.. trus ke gergasi (Giant la) carik KFC plak ade tempahannn.. hahaha rahsia.. full stop.. then kami ke kedai pakck mydin.. pastu balik... sampai asrama, singgah bilik apis.. die beli brg baruuu.. trus pakai.. abes gambar skandel die simpan.. marah nih! haha.. gurau jer.. pastu sy tinggalkan bilik die tu balik umah.. dalam perjalanan bali tringat plak nak potong rambut.. singgah KEDAI GUNTING AYAHKU nama kedai jer.. bukan kedai ayah sy yer.. hehe.. pakcik.. potong rambut pendek.. " pendek mcm mane? pendek tepi je ke" kate pakcik tu.. tak la pakcik.. pendek sgt.. haha.. potong punya potong.. siap.. nak tgk gambarnyer..??

jeng.. jeng.. jenggggg..hahaha
jangan gelak.....

Wednesday, November 18, 2009

cuti di kampung...

minggu lepas balik kampung kat Kelantan.. banyak keje nak wat, biasala rumah tradisi mestila ade serba kekurangan kan, dari memanjat tangga wat wiring, pasang lampu sebuah rumah, pasang soket, plak la ape2 la.. paku sana paku sini, mengecat rumah, fuh! penat seharian.. tapi dibayar dengan celoteh spupu spapat, sonoknye bukan main lagi.. :-) ni die cousin sy namanye syuhada.. nampak tak muke penat saya.. nampak laa nampaklaa.. hak3.. dan.. minggu ni iaitu esok hari khamis kene balik lagi nak siapkan mengecat rumah.. almaklumla hari raya haji akan menyusul tiba..ok lah.. sambung plak cite ni hari sabtu nnti.. tgk la keadaan rumah sy nnti yer.. adios! chaiyuk!

Sunday, November 15, 2009

kembali merindu!!

lama betul aq tak cakna blog aq nih.. skrg dah cuti bermakna aq akan mengupdate blog aq nih seceria yang mungkin, akan aq bikin satu lagi blog khas untuk BIOD batch julai 2009/2010.. nantikan kemunculannya.. dan tak bermakna blog ini akan ku pinggirkan kerana inila blog peribadiku.. adios semer! chaiyuk!